E
M
Y
L
I
A
R
Karipap-Karipap Cinta
6 Nov 2011 | 0 comments

Hye , hary ny aku nak citer pasal Novel Karipap-Karipap Cinta .

Untuk pengetahuan korg semalam 5 November 2011 bersamaan dgn hary Sabtu , aku abes bace novel tuh sehary je kowttt ! Lgy pown novel ny xtebal mne pown , cume 249 m/s je . Tu pasal lha aku abes cepat . Aku xde maksud pown nk bangga2 kan diry aku cume nk bgytao je . Klau korg xsuke apsal bace post aku yg ny , kan ke byk lgy org laen punye post sny jgk korg nk bising2 .

Bgy yg suke tuhh teruskan membace sbb nye aku nk bwt sinopsis sket pasal citer ny . Kalau sudy bace lha ekkk ! :))

Sinopsis Karipap-Karipap Cinta ----->

Novel ini mengisahkan seorang pemuda yg bernama Ali . Ali merupakan seorang pemuda yg bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi . Dia bekerja di sebuah syarikat yg menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri . Tugasnya adalah mengambil foto tempat2 yg kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yg kelihatan mempunyai hantu . Ali dalam diam2 mula jatuh hati pada Sarah , seorang Kartunis ditempat kerja rakannya .

Dalam satu kejadian meragut , Ali cuba untuk menjadi hero tetapi jadi berlaku sebaliknya . Ali tewas , namun dapat diselamatkan oleh Sarah yg mahir dengan seni kemahiran seni silat . Ali mendapat tahu yg Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah .

Dalam usaha untuk memikat Sarah dan keluarganya , Ali berbohong yg dia juga adalah pelajar kelulusan dari Al-Azhar . Sementara itu , bos Ali , Datuk Razali Bunari terlibat dalam satu pertelingkahan sengit dengan saingan politiknya Dato Mukhzanuddin . Dia mendapat dokumen sulit mengenai skandal Dato Mukhzanuddin dan ingin menerbitkan melalui akhbar politik beliau .

Ali terkejut apabila dapat tahu bahawa ayah Sarah pernah bekerja dengan Dato Mukhzanuddin dan memang terlibat dalam skandal tersebut . Setelah ketahui keinginan bosnya itu , Ali ingin menebus dosa dengan mencuri dokumen-dokumen tersebut dari pejabatnya .

Dengan bantuan empat sekawan beliau dapat pecah masuk ke rumah bosnya dan mencuri dokumen tersebut . Adakah hajat Ali untuk memikat Sarah terkabul dengan kecurian itu ? Atau adakah Ali akan bersifat jujur dengan memberitahu perkara sebenar ? Dapatkan jawapannya dengan membeli Novel Karipap-Karipap Cinta atau menonton Filem Karipap-Karipap Cinta .


+Novel Karipap-Karipap Cinta+


+Trailer Official  Karipap-Karipap Cinta+

Filem ini diarahkan oleh pengarah serba boleh , Othman Hafsham dan memberiskan pelakon2 seperti Gambit Saifullah , Melie Aimellia , Shawal AF , Eman Manan , Elyas Iskandar , P.Jagen , Shamira Azmil , Afizudin Fazil , Rosnah Johari , Patrick Teoh dan Chef Wan . Tayangan filem nie puLa dijangka ditanyangkan pada Hari Raya Pertama 2011 .

     -------------------------->          TAMAT ! ^_^