E
M
Y
L
I
A
R
Keperluan Asrama Bagi Pelajar Baru
28 Dec 2012 | 0 comments

Assalamualaikum and selamat malam .

Hoit2 ! Dahh habis beli barang sekolah ? Asrama ? Oke, nihh Eylia nak tolong listkan barangbarang yang important for new student yang nak masuk asrama tahun 2013 . Hehe . Act, Eylia baru 1tahun experience duduk asrama . Tetibe pulak excited nak buat entry pasal asrama nihh . HOHO , let we start ;)

150519319_2013_large

Keperluan Pakaian Sekolah
  1. Pakaian Rasmi Sekolah (baju kemeja + lencana + tanda nama, seluar, talipinggang, tali leher, baju kurung). Sesetengah sekolah mewajibkan seluar putih.
  2. Baju kurung & tudung bagi perempuan (berbeza mengikut sekolah).
  3. Baju Melayu, samping & songkok hitam.
  4. Pakaian Prep (kelas persediaan petang / malam)
  5. Kasut kulit hitam atau kanvas putih (berbeza mengikut sekolah) & stokin
  6. Baju batik (upacara rasmi & outing/balik kampung)
Pakaian Solat
  1. Kain pelikat, baju melayu. Set telekung untuk perempuan.
  2. Kopiah putih atau songkok hitam. Bagi sekolah tertentu, jubah putih dan serban dibenarkan.
Pakaian Riadah
  1. T-shirt dan seluar trek. 
  2. Tudung
  3. Kasut sukan dan stokin yang sesuai.
  4. Alatan sukan berkaitan (eg: raket badminton, but bola, bat pingpong)
Keperluan Asas Asrama
  1. Cadar, sarung bantal dan selimut. Sesetengah koperasi sekolah menjual sarung tilam.
  2. Keperluan diri - baldi, cebok, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, tuala mandi, kain basahan untuk mandi, syampo, tuala.
  3. Pakaian asas: singlet, sapu tangan & pakaian dalam.
  4. Berus dan sabun basuh; penyepit baju dan penyangkut baju.
  5. Kunci mangga  locker, engsel padlock (jika perlu).
  6. Sikat, cermin muka, minyak rambut, bedak,pengepit kuku dan lain2 alat kosmetik.
  7. Jarum & benang.
  8. Selipar sandal bertali.
  9. Kiwi kasut & berus (kasut kulit hitam) atau kapur kasut (kasut kanvas putih).
  10. Permanent marker pen - untuk tulis no. kod dobi pada pakaian (jika ada perkhidmatan dobi).
  11. Perhiasan dibenarkan: jam tangan, cermin mata.
  12. Ubat-ubatan yang biasa dimakan (kebenaran doktor bertauliah)
  13. Sudu, Garfu, pinggan & stok biskut & minuman 3 in 1.
  14. Duit siling atau kadfon untuk contact rumah. Telefon bimbit dilarang. *but asrama Eylia boleh bawak tpi fon cikai jee :P jadi lhaa ><
Keperluan Asas Pembelajaran
  1. Beg sekolah - sebaiknya kalis air.
  2. Kotak alatulis - pen, pensil, pemadam, pembaris, gunting kecil, gam.
  3. Kalkulator saintifik, kotak geometri (mathematical set)
  4. Buku tulis ( dijual di koperasi)
  5. T-shirt & seluar PJK (koperasi)
  6. Buku Peraturan Sekolah (koperasi)
  7. Water color & berus warna; pensel warna.
  8. Duit belanja, hehe.

That's all , harap listlist nihh dapat membantu korang yang baru nak berjinak-jinak dengan asrama . Hee, au revoir ~ dasss ><