E
M
Y
L
I
A
R
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013
10 Aug 2013 | 0 comments


Bonjour fellas/Salut ,
안녕하세요 ,
Hello ,
Kumusta ,
Guten Tag ,
Qulaq asıram ,
Merhaba ,
こんにちは ,
Olá ,

Berlalu lah sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan
Dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan
Semuanya pulang ke desa
Ibu dah ayah keriangan
Bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam
Ziarah menziarahi
Hulurkan tangan bersopan
Saling Memaafi
Suasana hari raya
Walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan
Dan mententeramkan jiwa
Kuih dan muih beraneka macam
Makanlah jangan hanya dipandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajib dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak diberi

Woops ! Okay terlupa pulak . Harini da masuk raya ke-3 . What ? Yes , K E T I G A ! Huhu , okay first of all saya nak mintak maaf sangat-sangat sbb da lama tak update blog , korg pon jarang dtg sini kan ? yla , saya bukannya blogger popular ponn . ButTheWay , saya EMYLIA BINTI ABD RAHIM menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada salah dan silap , hope lepas ni 0-0 lha eh ? hee , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN . Maaf jugak sbb wish lambat . Maklumlah internet lembab raya2 ni , semua pakat nak upload gambar raya lha hidangan hari raya lha . Haha , k macam-macam lha . So, tak sempat lha nak update blog . Okay , arini saya nak cerita lha sikit perjalanan saya sekeluarga sepanjang raya ni . Sambil2 tuhh kita watching picture jugak ehh . Baru lha ade feeling sikit .

8 Ogos 2013

Firstly , kami pergi balik kampung belah ayah dulu kat Pantai Remis , Taiping . Mase kami da sampai sane , kami pegi melawat kubur arwah tokwan dulu . Tak sangka da 2 tahun kot , kami beraya tanpa dia . Okay , takpe . Bak kata cikgu saya "hidup mesti diteruskan" . Kat kampung pulak , tak sangka ramai yg ade . Makngah ade , Paklang ade , tapi ade jugak yg tak balik . Maybe , balik belah keluarga lain dulu kot . Then , kami pon bersalam-salaman  lha . Then , ni yg best ni , saya dapat makan ketupat !!!!!! Da agak da , kalau balik kg ayah mesti dapat makan ketupat punya coz tok pandai buat ketupat . Hm , scrumptious, delicious ! Haha , k terikut-ikut pulak script dlm drama bi yg "Rumpelstilskin" tuhh . Then , kami pergi beraya rumah org , jalan kaki jee . Maklumlah kg , rumah semua dekat-dekat jee . Best lha jugak , saya yg form2 ni pon still dapat duit raya lagi . Alhamdulillah . Lebih kurang 3 ke 4 rumah jugak lha kami pegi . Tak byk pon , tak larat . 1 rumah pon da lame , nak sembang lagi , nak makan , nak bagi duit raya :P Then , kami pon balik rumah tok balik . Tetiba , ada org dtg pulak . Maktam ? K kenal . Saya tak sembang pon , malu lha katakan . Duduk kat dapur layan cerita . Haha , tak hormat tetamu betul saya ni :P Dalam kul 6pm kami bergerak balik Seri Iskandar . Dalam perjalanan nk balik , singgah satu rumah dulu . Then , baru balik . Maghrib sampai kalau tak silap . Papepon best lha jugak raya pertama tahun ni .







9 Ogos 2013

Harini balik kampung belah ibu pulak . Kat bota . Dekat jee dengan rumah . Mula-mula g kubur arwah atok . Hm , nak dikutkan cerita dua2 belah keluarga da takde tok :'( Sedih , raya da tak semeriah dulu . Tapi arwah atok yg ni da lame meninggal tak silap dah 6 tahun ke lebih tah dia tinggalkan kami . K back to the story , kami sampai kampung . duduk-duduk jap . Then , jalan-jalan rumah org dulu then baru g kenduri . Mase g kenduri tu , kami g awal . Sumpah malu sbb 90% semua lelaki . Dorg kan baru balik solat jumaat . Perempuan ade , tapi sikit je lha . Mase tengah makan , ade pulak budak laki ni pandang-pandang mcm tak puas hati . haih , bagi penyepak baru tahu . Yang lawaknya , time dorg bangun , salah sorgnya pakai JUBAH wane putih . k comel . Haha , aku just ckp je "ehh , dia pakai jubah lha" then dua2 pandang , wuuuuuuuuuuuu . pikir aku takut lha , haha . Then dorg terus bla . Kami pon da abis makan . Then balik rumah opah balik . Time nak balik sambung lagi g rumah org , ingat nak balik . Tetiba nampak kete abang masuk kawasan rumah opah . Ape lagi call lha dia suhh keluar balik . Then , g raya umah opahsu pulak . Opahsu ni muda lagi , dia ade anak kechik . Baby lagi tuhh tapi da pandai jalan lha . Comel :3 Saya sendiri tak tahu nak panggil dia ape bila besar nanti . Serba salah . Maklumlah mak saudara terlampau kechik dari anak saudara . Then , g umah opahkechik pulak . K saya mmg ramai opah ponn , mak ngn ayah saudara tak ramai . Pelik kann -_______- 

Okay , tu je . Actually , banyak lagi cerita . Tapi tak larat nak menaip panjang2 . Ni pon da cukup panjang . Kbyee ~ Au revoir !

Enjoy your eid :)